Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

PELAKSANAAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI TM BERJALAN LANCAR


TM berada di landasan yang betul bagi penyediaan perkhidmatan HSBB secara komersil di empat kawasan awal iaitu Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar, Subang Jaya dan Shah Alam pada akhir Q1 2010.
  • Persiapan ekosistem infrastruktur sokongan seiring dengan pembangunan infrastruktur fizikal Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) sedang berjalan lancar
  • Kerja-kerja naik taraf telah selesai di 4 daripada 95 ibusawat telekomunikasi di seluruh negara yang terlibat dalam projek HSBB ini
  • Uijan pengguna secara tertutup akan bermula pada bulan November 2009, diikuti dengan ujian pengguna terpilih pada bulan Januari 2010.
1. Kerja-kerja infrastruktur HSBB TM sedang berjalan…kabel-kabel fiber optik sedang dipasang di Bangsar, salah satu daripada 95 ibu sawat di seluruh negara di bawah projek HSBB TM bernilai RM11.3 bilion bagi menyediakan perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang.
2. Halus bagaikan sehelai rambut…pandangan dekat fiber optik yang sedang dipasang. Kerja-kerja pemasangan amatlah rumit kerana setiap sambungan fiber mestilah bebas daripada partikel habuk bagi memberikan kualiti perkhidmatan terbaik.
Telekom Malaysia Berhad (TM) berada di landasan yang betul bagi melancarkan perkhidmatan runcit Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara komersil di empat kawasan awal iaitu Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar, Subang Jaya dan Shah Alam menjelang akhir Q1 2010. Setakat ini, TM sedang bekerja keras dan telah menyelesaikan kerja-kerja fizikal di 4 ibu sawat dan kerja-kerja pelaksanaan sedang berjalan di 44 daripada 95 ibu sawat seluruh negara yang dijangka akan diliputi oleh pelaksanaan awal perkhidmatan HSBB.
Menjelang akhir 2012 – selaras dengan selesainya fasa pertama projek HSBB kebangsaan ini seperti dipersetujui dengan pihak Kerajaan – kira-kira 1.3 juta premis seluruh negara akan mempunyai akses kepada perkhidmatan HSBB. Kawasan-kawasan yang akan menerima perkhidmatan tersebut, yang dikenali sebagai Zon 1, termasuklah kawasan utama Lembah Klang, Iskandar Malaysia, semua ibu negeri, zon perindustrian utama seluruh negara, institusi pengajian tinggi dan pintu-pintu masuk seperti pelabuhan dan lapangan terbang. Para pengguna di kawasan-kawasan ini dijangka akan menjadi pengguna utama aplikasi dan perkhidmatan yang memerlukan keupayaan dan kapasiti yang disediakan oleh rangkaian HSBB.
Dato’ Zamzamzairani Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM, berkata, “Melangkah ke arah pelancaran komersil, seperti dijadualkan, kami akan memulakan ujian runcit perkhidmatantriple play HSBB termasuklah suara, Internet berkelajuan tinggi dan perkhidmatan IPTV melibatkan premis-premis terpilih di empat kawasan awal iaitu Taman Tun Dr. Ismail, Bangsar, Subang Jaya dan Shah Alam seawal bulan hadapan. Ujian perkhidmatan runcit HSBB akan dimulakan dengan 150 isi rumah melibatkan anggota-anggota TM yang tinggal di empat kawasan tersebut menjelang pertengahan November 2009. Selepas itu, pada bulan Januari 2010, tambahan 300 isi rumah terpilih dalam kawasan yang sama akan terlibat dalam fasa ujian runcit perkhidmatan HSBB yang lebih menyeluruh.”
Selain itu, TM juga telah melengkapkan dua ujian pengguna untuk menentukan komposisi pakej runcit HSBB yang terbaik yang akan merangkumi perkhidmatan asas dan tambahan dan akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran pada tahun hadapan.
Sehingga akhir Q2 2009, Kerajaan telah membuat bayaran balik sebanyak RM665 juta untuk kerja-kerja yang telah diselesaikan. Proses pembayaran balik ini merangkumi perbelanjaan kerja-kerja untuk infrastruktur akses HSBB dan pelaksanaan IP teras HSBB serta penambahan kapasiti rangkaian antarabangsa di bawah perjanjian PPP.
Sementara itu, penyediaan ekosistem infrastruktur sokongan selari dengan pembangunan infrastruktur fizikal projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) nasional ini juga sedang dilakukan. Untuk itu, lebih daripada 4,700 anggota TM telah menjalani sesi latihan berkaitan HSBB. Selain itu, TM juga telah melatih 489 daripada 800 kontraktor HSBB TM bagi memantau perlaksanaan akses fiber fizikal.
Pada masa yang sama, TM akan terus memacu penembusan jalur lebar di Malaysia menerusi perkhidmatannya yang dikategorikan sebagai Jalur Lebar Untuk Masyarakat Umum (BBGP). BBGP merupakan perkhidmatan jalur lebar yang menawarkan kelajuan sehingga 4.0Mbps menerusi teknologi berwayar, wayarles dan mudah alih seperti DSL, WiFi, WiMax dan High Speed Downlink Packet Access (HSDPA) yang boleh diperoleh di seluruh negara.
Sebagai Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) terkemuka negara, TM akan terus menyediakan BBGP di Zon 2 dan 3 bagi para pengguna di seluruh negara dan membantu merapatkan jurang digital. Pada masa ini setakat Q2 2009, TM mempunyai lebih 1.4 juta pelanggan Streamyx (tidak termasuk pelanggan Streamyx Zone). Meningkatkan pengalaman pelanggan bagi BBGP terus menjadi fokus utama dan TM akan terus menangani penambahbaikan perkhidmatan dan rangkaian. Ke arah ini, TM telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah memperkenalkan lebih banyak pusat hubungan pelanggan bagi memberikan lebih akses kepada produk dan perkhidmatan TM, pelaksanaan pendekatan yang inovatif bagi perkhidmatan yang lebih pantas di TMpoint, program kesetiaan pelanggan serta saluran pembayaran yang lebih mudah.
  
Mengenai TM
Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya.
Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya.
Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti-aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat/negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 10,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat/negara, Kumpulan menyumbang kepada usaha-usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my

8 ulasan:

atlin berkata...

ahahaha... bagus

atlin berkata...

bila dah tak sabor dah nie

Kaizen Shinobi.com berkata...

jangan jadi mc campus aq dah r...

pasang banyak gile wifi punye port (btul ke tuh? haha)

kat depan tingkap aq pon ade, kalau kroang tengok coverage smpai 90%

tapi, sekali xleh connect daa...

klau dapat pon bleh r gak, tapi sangat2 x puas hati, nak upload, setahun pon x siap2 ag...

asw berkata...

Nie highspeed broadband tidak menggunakan frenkunsi seperti yang digunakan oleh syarikat telekomunkasi yang lain.. ia menggunakan gentian optik bawah tanah dan menggunakan kaedah yang lebih canggih... insyaallah.. ia bukan seperti yang lain

Tanpa Nama berkata...

saya amat menyokong tindakan kerajaan..Encik johari.. benarkan ia seperti yang diwawarkan.. ataupun sekadar ilusi.. tetapi saya dimaklumkan ia lebih kepada sistem satelit.. duduk dicelah mana pun ada coverage... ia ke????????????

Go Stan berkata...

insyaallah.. berbaloi

Khai berkata...

Teringin nak tahu berapa la harga pakej internet hsbb ni nanti bila dah siap.... internet dah laju.. tp ntah ramai ntah tidak yg sanggup membayar..

atlin berkata...

nak yang terbaik kena berkorban.. inilah sikap manusia.. nak yang baik tetapi murah... habislah kerajaan..

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.