
Malaysia diramalkan mempunyai 300.000 orang penduduk yang bermasalah dengan HIV pada tahun 2015 menurut Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, Pengarah Bhg Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut Datuk Seri Tunku Puteri Safinaz, Presiden Yayasan Sultanah Bahiyah, pada tahun 2007, lebih ramai suri rumah didapati positif bagi HIV berbanding dengan pelacur dan GRO (pekerja seks).
Kesimpulan:
1. Mungkin lebih ramai suri rumah yang sedar tentang bahaya HIV maka mungkin lebih ramai lagi yang pergi menjalani ujian darah. Maka lebih ramailah yang dikesan positif HIV pada tahun 2007 berbanding tahun 1990.
2. Suri rumah mungkin dijangkiti HIV melalui aktiviti suami yang tak bermoral seperti aktiviti “makan luar” di lorong gelap atau di sempadan negara dan sebagainya.
3. Mungkin fenomena masyarakat kini yang kerap bertukar pasangan melalui kahwin-cerai-kahwin lain menjadi faktor penyumbang kadar HIV yang tinggi di kalangan suri rumah.
4. Ada pihak-pihak yang menuduh amalan poligami di kalangan umat Islam penyebab kadar HIV yang tinggi pada suri rumah. Tuduhan ini perlu kajian dengan melihat profil agama suri rumah yang terlibat dengan HIV dan bertanyakan tentang sejarah perkahwinan mereka.
5. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa amalan “anal intercourse” penyumbang statistik kenapa suri rumah terlibat dengan HIV. Sila lihat [SINI]
2 Ulasan
http://fitridzulkifli.blogspot.com