Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

KADAR KES BARU AIDS KALANGAN WANITA 16 PERATUS

Laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bersama UNICEF (Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) mendedahkan bahawa pola kes baru jangkitan HIV di kalangan wanita meningkat dari 1.2% pada tahun 1990 ke 16% pada 2007. Dulu, setiap 86 kes positif bagi HIV, hanya seorang melibatkan wanita. Ini bermakna kebanyakan mereka yang disahkan positif boleh diandaikan sebagai penagih dadah atau mengamalkan hubungan homoseks (gay). Kini statistiknya ialah setiap 6 orang yang positif HIV, seorang darinya ialah wanita. Seramai 12 orang rakyat Malaysia yang diuji darahnya positif untuk HIV pada setiap hari.Yang paling memeranjatkan ialah laporan ini menyebut bahawa pola jangkitan di kalangan wanita Malaysia ialah melalui hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan.
Malaysia diramalkan mempunyai 300.000 orang penduduk yang bermasalah dengan HIV pada tahun 2015 menurut Datuk Dr Hassan Abdul Rahman, Pengarah Bhg Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut Datuk Seri Tunku Puteri Safinaz, Presiden Yayasan Sultanah Bahiyah, pada tahun 2007, lebih ramai suri rumah didapati positif bagi HIV berbanding dengan pelacur dan GRO (pekerja seks).
Kesimpulan:
1. Mungkin lebih ramai suri rumah yang sedar tentang bahaya HIV maka mungkin lebih ramai lagi yang pergi menjalani ujian darah. Maka lebih ramailah yang dikesan positif HIV pada tahun 2007 berbanding tahun 1990.
2. Suri rumah mungkin dijangkiti HIV melalui aktiviti suami yang tak bermoral seperti aktiviti “makan luar” di lorong gelap atau di sempadan negara dan sebagainya.
3. Mungkin fenomena masyarakat kini yang kerap bertukar pasangan melalui kahwin-cerai-kahwin lain menjadi faktor penyumbang kadar HIV yang tinggi di kalangan suri rumah.
4. Ada pihak-pihak yang menuduh amalan poligami di kalangan umat Islam penyebab kadar HIV yang tinggi pada suri rumah. Tuduhan ini perlu kajian dengan melihat profil agama suri rumah yang terlibat dengan HIV dan bertanyakan tentang sejarah perkahwinan mereka.
5. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa amalan “anal intercourse” penyumbang statistik kenapa suri rumah terlibat dengan HIV. Sila lihat [SINI]

2 ulasan:

@fitridzulkifli berkata...

sangat serious, mengapakah sedemikian? dahulu lelaki ramai, so, bnyk mslh, skrg sket dan wanita ramai, bnyk pulak mslalh wanita. ye kan?! haha





http://fitridzulkifli.blogspot.com

Pena Crystal berkata...

Kesian surirumah2 yang mnjadi mangsa.Kdg2 kerana salah org lain,mereka jadi mangsa.:(

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.