Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
bhnews@bminggu.com.my
2010/03/28
Lagu Teratai Layu di Tasik Madu bawah tuah kepada pelajar UiTM KLANG: Lagu Teratai Layu di Tasik Madu membawa tuah kepada penuntut tahun akhir Fakulti Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Farahiyah Zulkipli, 24, apabila dinobatkan sebagai juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) Zon Tengah di Kompleks Beli-Belah Klang Parade, di sini, semalam.
Lebih 100 peserta sekitar Lembah Klang mendaftar untuk menyertai sesi uji bakat yang bermula kelmarin dan daripada jumlah itu, hanya 16 peserta layak mempersembahkan bakat mereka pada peringkat akhir. Persembahan peserta diadili oleh Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Pengelola ABPBH 2009, Hanizam Abdullah; Pengarang Bintang Popular, Akmal Abdullah; Penolong Pengarang Hiburan, Zainuri Misfar dan penyanyi terkenal, Hazami.
Selain Farahiyah, Che Nurul Syafika dan Nurazliana Haslin, peserta lain yang layak ke peringkat akhir ialah Muhammad Zaid Tandang, Nur Shafreeza Zainal Abidin, Helmey Aliffshah Alias, Azzura Daud, Megat Amirul Khairi Megat Amran, Amyza Shafiqah Suhaimee, Maya Hariyanto, Muhammad Syazmi Ahmad Suhaimi, Tengku Syarifah Aminah Tengku Syed Abdul Rahman, Enny Diyana Syazwani Md Khairi, Farah Nabila Noor Anuar, Zalina Kassim dan Adi Indera Roslan.
Klang Parade juga menyaksikan lapan juara dan naib juara dari Zon Utara, Selatan, Timur dan Tengah berentap pada peringkat akhir hari ini bermula jam 10 pagi.
Juara keseluruhan berpeluang diundang sebagai penyampai trofi malam kemuncak ABPBH 2009 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April ini.
Selain Farahiyah dan Che Nurul Syafika, enam peserta lain yang berjaya ke peringkat akhir BIBH ialah Nur Azreen Rahim, 25, Nurul Shazia Mohd Rozaini, 17, Nabilah Mohammad, 21, Mohd Nor Safarin Mansor, 38, Nur Ashimah Ramli, 18, dan Putri Nurul Aaina Rusli, 24.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan