Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

PELAKON ADAMAYA MENINGGAL DUNIA - FAIZAL YUSOF


TIRAI BARU 2011 DIGEMPARKAN DENGAN BERITA SEDIH KEMATIAN PELAKON SERBA BOLEH YANG TERKENAL DENGAN FILEM SLOT ADAMAYA. FAIZAL YUSOF (DANI) TELAH SELAMAT KERAHMATULLAH PADA 01.01.2011 JAM LEBIH KURANG PUKUL 2.30 PTG DI PUSAT RAWATAN ISLAM (PUSRAWI) AKIBAT SERANGAN JANTUNG. BAGI PEMINAT-PEMINAT TANAH AIR SEDEKAHKANLAH AL-FATIHAH BUAT BELIAU...

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi. "Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya. Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu. Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu. Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Kredit penuh untuk  Mstar Online..

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.