Cabaran Belajar  SEO WangCyber telah pun tamat dengan jayanya. Post aku tidak  berjaya menambat hati google untuk berada pada ranking page  pertama..namun begitu post aku hanya mampu berada pada page keempat  sahaja. Memang bila belajar tentang SEO dan juga  tentang meningkatkan trafik ke blog adalah memerlukan  kerja yang agak tekun.
Bagaimana hendak meningkatkan trafik  ke blog?? Jika kita rajin mencari maklumat tentang trafik,  memang banyak cara dan kaedah yang kita jumpa. Meningkatkan trafik  ke blog merupakan satu kemestian, lebih2 lagi jika objektif  kita hendak mencipta pendapatan daripada blog kita daripada laptop kita.
Untuk tips 1 ini, aku kongsikn dahulu  3cara bagimana meningkatkan polis trafik ke  blog kita. Untuk post pertama ini aku akan kongsikan 3 perkara  yang perlu dilakukan untuk meningkatkan trafik ke blog kita.
Cara Pertama 
Submit URL blog korang  kat enjin pencari. Sudah tentulah Google  dan Yahoo  kerana kedua2 enjin pencari ini amat popular dikalangan pengguna  internet. Dengan memasukkan URL blog kita ke enjin pencari, maka enjin  pencri akan mula mengindek laman blog kita. Enjin pencari juga akan  membaca segala kandunagn blog kita dan juga segala link yang terdapat  pada blog kita. Di sini, jika blog kita mempunyai link yang berkualiti  (PR0 – PR10) akan mempercepatkan proses mengindex. Istilah yang biasa  kita dengar ialah Backlink.
 Cara  Kedua
Ini berkaitan dengan posting blog kita.  Pada pengamatan aku, posting2 yang menarik, olahan bersahaja tetapi  berilmu dan berkualiti mampu menarik lebih trafik ke blog  kita…. contohnya kalau diperingkat global John  Chow, ProBlogger  dan juga Labnol.  Korang boleh perhatikan pada jumlah reader feed dia orang…Menulis  posting idak semestinya terlalu panjang dan jangan terlalu pendek. Apa  yang kita tulis itu hendaklah apa yang kita tahu “jadilah diri  sendiri”. jangan menulis apa yang kita tak tahu.
Setelah dipublishkan sesuatu posting,  maka sudah tentu akan ada pengunjung yang memberi komen. Secara  jujurnya, pengkomen tersebut akan suka dengan kita jika kita cepat  bertindak balas atas komen yang diberikan. Bersikap interaktif  akan menjadikan pelawat akan menyukai dan pasti akan mengunjungi lagi.  Korang tengok blog  ini yang pada aku pemiliknya menggunakan kaedah yang aku ceritakan  ini
Cara Ketiga
Cara ini mungkin memerlukan sedikit  pengorbanan wang ringgit. Cara ini juga bukanlah syarat utama untuk  perlu korang lakukan bagi meningkatkan trafik. Namun begitu,  keberkesanannya terbukti dalam usaha korang untuk meningkatkan trafik  ke blog korang.. Tawaran hadiah pastinya memainkan peranan  penting dalam hal ini. Lagi lumayan hadiah yang korang tawarkan maka  lagi bnyak trafik ke blog korang.
Antara contoh2 pertandingan yang boleh  kita lakukan ialah Pengkomen Terbanyak, Pengkomen Terbaik,  Penulis Jemputan, membuat review tentang blog kita dan mungkin  pelbagai lagi idea kreatif korang.
Sampai di sini dahulu untuk tips 1  meningkatkan trafik ke blog korang. Setiap kandungan  tips ada 3 cara meningkatkan trafik ke blog. Jumpa lagi untuk tips 2 dan  3 lagi cara meningkatkan trafik ke blog.
 Salam hormat



 
 
 
 
3 Ulasan