Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

3 Cara Mudah Tingkatkan Traffik Ke Blog Anda - Was Here

Salam mesra buat pembaca ,

Cabaran Belajar SEO WangCyber telah pun tamat dengan jayanya. Post aku tidak berjaya menambat hati google untuk berada pada ranking page pertama..namun begitu post aku hanya mampu berada pada page keempat sahaja. Memang bila belajar tentang SEO dan juga tentang meningkatkan trafik ke blog adalah memerlukan kerja yang agak tekun.
Bagaimana hendak meningkatkan trafik ke blog?? Jika kita rajin mencari maklumat tentang trafik, memang banyak cara dan kaedah yang kita jumpa. Meningkatkan trafik ke blog merupakan satu kemestian, lebih2 lagi jika objektif kita hendak mencipta pendapatan daripada blog kita daripada laptop kita.

Untuk tips 1 ini, aku kongsikn dahulu 3cara bagimana meningkatkan polis trafik ke blog kita. Untuk post pertama ini aku akan kongsikan 3 perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan trafik ke blog kita.

Cara Pertama 
Submit URL blog korang kat enjin pencari. Sudah tentulah Google dan Yahoo kerana kedua2 enjin pencari ini amat popular dikalangan pengguna internet. Dengan memasukkan URL blog kita ke enjin pencari, maka enjin pencri akan mula mengindek laman blog kita. Enjin pencari juga akan membaca segala kandunagn blog kita dan juga segala link yang terdapat pada blog kita. Di sini, jika blog kita mempunyai link yang berkualiti (PR0 – PR10) akan mempercepatkan proses mengindex. Istilah yang biasa kita dengar ialah Backlink.

Cara Kedua
Ini berkaitan dengan posting blog kita. Pada pengamatan aku, posting2 yang menarik, olahan bersahaja tetapi berilmu dan berkualiti mampu menarik lebih trafik ke blog kita…. contohnya kalau diperingkat global John Chow, ProBlogger dan juga Labnol. Korang boleh perhatikan pada jumlah reader feed dia orang…Menulis posting idak semestinya terlalu panjang dan jangan terlalu pendek. Apa yang kita tulis itu hendaklah apa yang kita tahu “jadilah diri sendiri”. jangan menulis apa yang kita tak tahu.
Setelah dipublishkan sesuatu posting, maka sudah tentu akan ada pengunjung yang memberi komen. Secara jujurnya, pengkomen tersebut akan suka dengan kita jika kita cepat bertindak balas atas komen yang diberikan. Bersikap interaktif akan menjadikan pelawat akan menyukai dan pasti akan mengunjungi lagi. Korang tengok blog ini yang pada aku pemiliknya menggunakan kaedah yang aku ceritakan ini

Cara Ketiga
Cara ini mungkin memerlukan sedikit pengorbanan wang ringgit. Cara ini juga bukanlah syarat utama untuk perlu korang lakukan bagi meningkatkan trafik. Namun begitu, keberkesanannya terbukti dalam usaha korang untuk meningkatkan trafik ke blog korang.. Tawaran hadiah pastinya memainkan peranan penting dalam hal ini. Lagi lumayan hadiah yang korang tawarkan maka lagi bnyak trafik ke blog korang.
Antara contoh2 pertandingan yang boleh kita lakukan ialah Pengkomen Terbanyak, Pengkomen Terbaik, Penulis Jemputan, membuat review tentang blog kita dan mungkin pelbagai lagi idea kreatif korang.
Sampai di sini dahulu untuk tips 1 meningkatkan trafik ke blog korang. Setiap kandungan tips ada 3 cara meningkatkan trafik ke blog. Jumpa lagi untuk tips 2 dan 3 lagi cara meningkatkan trafik ke blog.
 Salam hormat

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.