Dah jadi trend sekarang, semua orang nak jadi penulis blog ataupun blogger! Ala, senang je kalau nak bergelar blogger, masuk blogger.com ataupun wordpress.com bila sebuah blog terus boleh bergelar blogger / penulis blog. Sekarang ni trend aku tengok, “Hang ada blog, aku pun ada blog jugak”.
Aisemen, semua orang nak naik ke peringkat yang tertinggi dan nak jadi popular, sapa tak nak?
Kebanjiran penulis blog dalam Malaysia ni mengundang pelbagai kes dan tragedi yang berlaku saban hari di Malaysia, satu demi satu kes terjadi berkaitan pelanggaran kod etika penulis blog dan penulis blog banyak yang melakukan penyebaran berita palsu, berunsur fitnah dan perkauman.
1 . Otai Blog
Aku tengok, dah ramai penulis blog baru dah jadi “otai blog” dengan belagak dengan apa yang dia tulis. Kalau tulisan dan pendapat yang anda tulis tu diterima ramai dan terus menjadi rujukan orang dari masa ke masa tak apa la jugak, sekurang – kurangnya dapat la menyumbang sesuatu yang baru kepada masyarakat tapi kalau tulis benda yang orang dah tahu siapa pencipta asal teknik dan cara tersebut, dia cuma “ulangsiar” dalam blog sendiri dan mendabik dada sebagai pencipta teknik itu dan ini, sori la, tengok la diri sendiri dalam cermin.
Bagi aku, lebih baik menterjemah artikel / fakta / ilmu dari dari bahasa asing ke bahasa ibunda lebih layak digelar otai dari orang yang mendakwa dirinya otai yang tak ada apa langsung pun datang dari dirinya sendiri.
2. Kualiti bukan kuantiti
Alahai, sekarang ni senang je nak bina banyak blog. Kalau nak dabik dada buat tiga empat blog lepastu belagak macam dah mahir serta pandai dari orang lain baik tak payah. Jangan pandang rendah kepada orang yang hanya mempunyai sebuah blog, tapi kualiti dan isi yang terkandung dalam blog tersebut mempunyai nilai yang tinggi dan boleh memberi kesan kepada pembacanya. Ni tak, artikel dalam blog A copy dari entah mana sumbernya yang tak dinyatakan, blog B ceduk dari artikel orang lain, blog C tulis caca marba baik tak payah nak belagak beb!
3. Lama berblogging dianggap senior
S : Hang blogging berapa lama?
J : Aku 10 tahun dah blogging ni!
Hahaha, tempoh masa berblogging yang lama bukan penentu aras dia seorang blogger yang hebat ataupun layak digelar “otai”. Sori beb, aku ni harap je dah masuk tiga tahun berblogging, tapi aku tak tau sangat pasal ilmu di dunia berblogging ni. Aku rasa ilmu aku belum cukup untuk bergelar si polan itu dan si polan ini okey? Apalah sangat dengan tempoh masa yang lama tu kalau kita sendiri tak tau selok belok dan tak ‘master’ dalam bidang yang kita ceburi tu.
Aku respek blogger @Amanz yang dah lama berblogging dan mewujudkan blog Amanz.my dan lain – lain lagi. Tak lupa juga Encik @Meintel dengan blognya yang begitu bermakna bagi sapa yang pandai selaminya. Ini baru kata orang lama berblogging yang berfaedah, bukan blogging lama tapi hampehss…
4 . Sombong
Bila dah diri tu perasan otai dan rasa hebat tulis dua tiga blog yang rasa ‘macam bagus’ tu, boleh la belagak sombong dengan pencapaian diri sendiri. Rasa macam nak menunjuk je kat orang lain yang aku ada tiga blog dan rasa bangga siot orang dok tanya itu ini pada kita. Hello, kalau rasa nak mengajar orang tu, baik bukak pusat tuisyen untuk blogger boleh la hang jadi cikgu blogger! hahaha.
Aku suka bergaul mesra dengan ramai orang dan agak muka tak malu pinta tolong pada blogger – blogger yang hebat dalam edit mengedit blog sepert @Myfreak / Hadi, @Bat, @Topotato, @DSS dan ramai lagi la yang sudi layan aku dalam edit mengedit blog ni. Aku suka!
So, kalau hampa nak jadi blogger yang betul – betul hebat jangan la tanamkan 3 perkara yang diatas supaya senang orang lain bergaul mesra dengan hampa. Ini bukan tips, ini bukan info dan ini bukannya benda yang perlu diikut untuk menjadi blogger yang hebat di Malaysia, tetapi ini hanya luahan hati dan respon aku daripada blogger – blogger yang aku telah nilai dan apa yang aku dapat aku tulis. ADoi~
9 ulasan:
ini entri plagiat !!
yo luth! tiba2 ko ke blogspot lak? apa cer?
gua setuju :D
Berblogging juga sama seperti kehidupan diluar, bila kita hormat orang maka orang akan hormat kita dan kita pun tak boleh paksa orang suka kat kita.
rasanya kalau dapat disertakan nama-nama blogger 'otai' yang berlagak tu lagi lah best... kan?? hehehe
Wohh. Bulat2 entri Luthtextile. Ada bgtau dia x bro?
sekadar berkongsi....takde niat lain.. walaupun cut and paste tapi inilah hakikatnya...
Saya redha
baguslah kalau macam tu... janji masukkan credit and link
erm...itula...ley tnjuk ajar x supaya blog terkenal...? :)
Catat Ulasan