Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

4 perkara penting untuk berblogging


4per

Assalamualaikum dan selamat sejahtera! Aku tahu ramai diantara pembaca blog ni tidak mempunyai blog dan hanya suka membaca blog orang lain.Betul kan? Ada antara kamu juga baru saja menulis blog sendiri, tahniah diucapkan kepada anda yang baru sahaja berblog.
Aku taklah pandai sangat dan tak la berpengalaman sangat dalam bidang berblogging ni, tapi ada la sikit perkara yang perlu sangat dalam setiap diri blogger untuk menjadi blogger yang berkualiti dan juga dapat memberi sumbangan kepada orang lain.


Penggunaan bahasa yang amat penting
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam penulisan blog. Kalau anda mahir berbahasa Inggeris, tak kisah kalau anda nak tulis dalam Inggeris dan jika anda tak mahir dalam penulisan dalam bahasa tersebut, anda dialu – alukan untuk menulis dalam bahasa asing tu, tapi, pastikan tatabahasa dan ayat tersebut ditulis dengan betul.
Kalau anda betul – betul tak kesah dengan penggunaan tatabahasa dan ayat dalam bahasa Inggeris, pastikan anda bersedia dengan komen – komen yang membina daripada pembaca anda, kritikan secara positif dan kritikan negetif yang bakal anda hadapi. Nanti, tak payahla nak terasa orang itu kutuk, orang ini kutuk dan sebagainya. Senang – senang pakai je bahasa Melayu. Tak kisahla nanti orang putih paham ke tak bila nak baca blog korang. Lantak dia!
Korang nak berblogging, pastinya korang nak orang datang ke blog korang (bagi yang buat blog terbuka) dan nakkan orang komen pada setiap entry yang korang tulis. Macam mana nak bagi blog korang menarik? Tengok tuu..

Penggunaan perkataan, huruf dan warna
Aku memang suka baca blog orang, ghairah dan tertarik dengan isi kandungan blog yang menarik sehinggakan tak larat dah nak komen pada kandungan entri tersebut.Kandungan entri yang menarik tak akan menarik pembaca kalau penggunaan huruf dan juga perkataan yang baik serta mudah dibaca.
Elakkan menggunakan ’short form’ kerana bukan semua pembaca mengetahui perkataan pendek yang anda tulis. Ingat, bukan golongan muda sahaja yang membaca blog kita, tapi orang – orang tua (berumur) juga akan datang dan menggeledah isi kandungan blog kita dan kebanyakkan golongan yang berumur 28 dan keatas tidak menyukai penggunaan perkataan pendek dan ayat sms anda.
Biarlah anda menulis dengan perkataan yang panjang, nampak macam skema, tapi amat puas hati apabila anda membaca entri anda kembali. Warna pun jangan menggunakan warna yang terang sangat, sampai sakit mata untuk dibaca. Taubat tak ada sapa nak baca blog kamu kalau warna yang ‘merengau’.

Isi yang terlalu peribadi
Aku dulu masa mula berblogging, aku memang berblogging untuk melakarkan sejarah yang berlaku pada diri, keluarga dan kehidupan dalam blog aku ni. Tapi, bila dah lama berblogging, rasa pelik pula kita berblogging untuk kongsi benda peribadi dengan orang lain.
Kalau kita tengok, banyak blog yang menggunakan pentas  Blogger bersifat peribadi. Ini bukan auta, tapi fakta.
Kalau nak kongsi cerita dengan orang ramai, tajuk pon dah letak “aku bosan” dan dalam entrinya “aku bosan gila! aku tengok tv, tv tengok aku. Aku bosan” macam mana la orang nak tertarik dengan isi kandungan dalam blog anda tu? kan kan? Kalau nak komen, aku akan komen macam ni “Tolong! Aku bosan la baca blog orang yang bosan!”

Blogger yang sombong
Bila orang dah datang ke blog kita, dah komen ataupon letak pesanan ke blog kita, hargailah pengunjung blog anda kerana mereka telah meluangkan masa ke blog kita tu. Yelakan, orang yang datang ke blog kita, pasti akan berharap untuk kunjungan balas yang telah mereka buat tadi. Secara automatiknya, sistem ini akan berpusing dan berpusing kerana pengunjung akan mengunjungi blog anda berdasarkan kunjungan yang anda telah buat.
Lainlah jika anda mempunyai kabel yang kuat, seperti sumber pengunjung dari enjin carian Google dan yahoo, ramai pengikut yang mengikut anda di Twitter dan juga kunjungan secara pukal daripada Facebook anda. Kalau anda tak guna teknologi tu semua, pasti tak adalah kunjungan ke blog anda.
Ok, harap kepada anda yang berhasrat nak buat blog dan yang baru tulis blog tu, ha.. dapat ambil iktibar dengan apa yang aku tulis ni. Sharing is caring!

5 ulasan:

Neo_matrixzz berkata...

thanks for the tips

aiza89 berkata...

apesal aku rasa macam entri ni aku penah baca sebijik dekat blog orang lain eh? lalalala.

maaf ye tuan rumah :P

asw berkata...

sekdar berkongsi..

Atlin Gabintal berkata...

berkongsilah dan jangan sampai meninggal dunia

The Zaara berkata...

Best la admin ni. good info! boleh balas kunjungan ke sini hihi http://thefarahabubakar.blogspot.com/

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.