Mari Melawat Muzium PDRM

 
Muzium PDRM telah diilhamkan oleh PGB Waller pada tahun 1950. Beliau ialah seorang Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis. Perasmian pertama Muzium PDRM adalah pada 09 Januari 1961 oleh DYMM ke 3. Pada tahun 1983 perancangan membina Muzium baru telah diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Pada tahun 1997 Muzium PDRM telah siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium PDRM telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi ketika itu(Perdana Menteri Malaysia masa kini).

Galeri Muzium PDRM terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Muzium PDRM turut membuat pameran di sekitar bahagian luar muzium PDRM. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM.Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.

0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author