Teknik Mewarna Rambut

Jika anda ingin menukar warna rambut, anda boleh menggunakan cara berikut.

Dapatkan gambar yang sesuai. Bagi contoh ini saya menggunakan gambar superhero ini.



1. Lihat pada layer palette. Klik pada icon 'Create a new fill or adjustment layer' dan pilih Hue/Saturation.



2. Pop up hue/saturan akan keluar.



3. Tanda atau tick pada colorize.

4. Gerakkan slider Hue, Saturation dan Lightness sehingga anda mendapat warna yang dikehendaki. Tidak mengapa jika
keseluruhan warna gambar bertukar. Anda hanya perlu dapatkan warna rambut yang diingini.





5. Jika berpuas hati dengan warna yang dipilih, klik OK.

6. Pastikan layer Hue/Saturation 1 di pilih.



7. Lihat pada tools dan pastikan foreground adalah hitam. klik Paint Bucket Tool (G) dan warnakan keseluruhan layer Hue/Saturation 1
dengan warna hitam. (Jika background color adalah hitam anda boleh tekan Ctrl+backspace).



8. Warna layer Hue/Saturation 1 bertukar dan warna gambar kembali pada warna asal.





9. Sekarang kita akan mewarnakan rambut dengan Brush Tool (B).

10. Pastikan fore ground berwarna putih dan pilih saiz berus yang sesuai.



11. Mulakan mewarna pada layer Hue/Saturation 1.
Warna pada bahagian rambut sahaja. Gunakan saiz berus yang lebih kecil pada hujung rambut.





12. Anda berjaya menukar warna rambut pada subjek anda!

Catat Ulasan

0 Ulasan