1) Pilih bahagian mata sebelah kanan menggunakan "Rectangular Marquee", klik kanan dan pilih "Layer via Copy". Lihat Rajah 1

Rajah 1
2) Satu layer baru akan dihasilkan dalam Layers. Lihat rajah 2

Rajah 2
4) Pilih layer "mata kanan" dan tekan kekunci CTRL + T
5) Dalam "Options", tekan butang "Maintain Aspect Ratio", kemudian naikkan saiz kelebaran (width) kepada 120%. Lihat Rajah 3

Rajah 3
* Ulang langkah 1 hingga 5 untuk mata sebelah kiri.
Membersihkan Bahagian Mata
Selepas selesai membesarkan saiz kedua-dua bahagian mata, sekarang anda perlu membersihkan sudut-sudut di bahagian matanya pula.
Untuk membersihkan sudut-sudut di bahagian mata, gunakan "Eraser Tool". Caranya ialah dengan memilih layer "mata kanan" dan padamkan sudut-sudut lebihan di sekitarnya menggunakan "Eraser Tool". Ulang cara yang sama untuk layer "mata kiri".
Lihat Hasilnya:
Halaman Berkaitan
Cara mewarna rambut
0 Ulasan