"Hospital ini telah dibina dan mula beroperasi pada 1 November 1911. Pada masa itu, terdapat tujuh buah wad dan dinamakan Central Lunatic Asylum. Seawal tahun 1922, nama hospital ini ditukar kepada Central Mental Hospital dan nama ini ditukar kemudian kepada Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) pada tahun 1971. "
Majlis Sambutan 100 Tahun Hospital Bahagia Ulu Kinta telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah pada 24 November 2011 (Khamis) bersamaan 28 Zulhijjah 1432H.
0 Ulasan