Bagaimana boleh berlaku?
- Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
- Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
- Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
- Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
Bagaimana mengelakkannya?
- Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
- Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
- Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
- Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
- Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?
- Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
- Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
- Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
- Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
- Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
- Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
- Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
- Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
- Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
- Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
- Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
- Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.
Jika Berlaku Ancaman
- Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
- Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
- Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
- Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
- Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
- Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis
7 Ulasan
baek utk kaum hawa...
Selagi wanita tak faham cara menjaga aura berapa panjang nasihat pun tidak akan berguna. Kenapa tiada kes rogol di Afghanistan