Sambutan Hari Raya Balai Polis Tambun


Tambun, 05/09/2013 - Bertempat Di Balai Polis Tambun telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Berserta Kempen Mencegah Jenayah Bersama-Sama penduduk setempat. Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Aminuddin Md Hanafiah ( ADUN HULU KINTA ) dan juga Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) Supt Anuar bin Othman.. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota PDRM , kakitangan awam dan juga penduduk setempat. YB Datuk Aminuddin juga berkesempatan memberikan duit raya kepada anak-anak tetamu yang hadir. Disamping itu juga terdapat cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir. Majlis yang julung-julung kalinya diadakan agak meriah dengan kehadiran jemputan dan tetamu yang cukup ramai walaupun cuaca hujan ketika itu.. Syabas dan Tahniah kepada semua warga Balai Polis Tambun kerana bertungkus lumus menyiapkan serta merialisasikan Majlis ini dengan jayanya. Kepada tetamu yang hadir diucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian memeriahkan majlis ini..
Backdrop Hasil Peg&Ang Balai Tambun

Jemputan dari Kalangan Anggota PVR

Supt Anuar Othman bersama Pegawai Kanan Dan OCS Serta Tetamu Khas LWOT

Jemputan dikalangan masyarakat setempat

Tetamu dan Undangan Khas

YB Datuk Aminuddin (ADUN HULU KINTA) Turut hadir menyerikan majlis

YB Datuk Aminuddin & Ketua Polis Balai Tambun menjamu selera dengan Jemputan VVIP

Kakitangan PLUS juga turut hadir

YB Datuk Aminuddin mencabut nombor cabutan bertuah

YB Datuk Aminuddin Dan KPB Balai Tambun memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak tetamu yang hadir

Pegawai, Anggota Dan Jemputan bergambar kenang-kenangan bersama YB Datuk Aminuddin 

Gambar Anggota Balai Polis Tambun

Anggota PERKEP Tambun

Anggota PVR


1 comments:

Ρυαи Gојεѕ berkata...

meriahnya :)
abah mentua kita dekat ibu pejabat 69 komando ulu kinta :)

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author