Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala KPD Ipoh 2013


07/04/2013 Bertempat di Padang Ipoh, Perak Berlangsung Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Daerah Ipoh 2013 bersempena Peringatan Hari Polis Ke-206. Majlis Penutupan Tersebut telah dirasmikan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chan Keong. KPD Ipoh juga berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir dimana Pasukan dari Balai Polis Sg Senam menentang Pasukan Dari Balai Polis Pasir Puteh. Perlawanan kali ini berlangsung sehingga masa tambahan yang menyaksikan BP Sg Senam telah menewaskan BP Pasir Puteh dengan keputusan 2 gol berbalas 1 gol. Ini telah memberikan kemenangan mutlak kepada Pasukan Balai Polis Sg Senam yang menjuarai kejohanan piala Ketua Polis Daerah Ipoh bagi Tahun 2013. Pemain Terbaik Juga Telah Disandang Oleh Konst Hashim daripada Balai Polis Kg. Tawas yang Bermain untuk Pasukan BP SG Senam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chan Keong Berharap agar semangat sebegini diteruskan dan kejohanan sebegini harus diadakan setiap tahun bagi memberi peluang kepada semua anggota menunjukkan bakat masing-masing. KPD Ipoh Juga mengucapkan sekalung perhargaan dan ucapan tahniah kepada pemenang.
Balai Polis Pasir Puteh Naib Johan Piala KPD Ipoh
Perlawanan sengit
sebahagian penyokong dari BP Pusat
Balai Polis Pusat
Final Team



0 comments:

 

Meet The Author


Meet The Author