BAJET 2013 - JANJI DITEPATI



"KANDUNGAN BAJET 2013 FOKUS KEMAKMURAN RAKYAT | Bajet 2013 akan memberi tumpuan terhadap pengagihan kemakmuran rakyat dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran ekonomi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang selain mengekalkan dasar fiskal sedia ada."
_________________________________________________________________________________
Pada 28 September akan datang, saya akan membentangkan Bajet Negara untuk tahun 2013 bagi pihak Kerajaan Persekutuan selaku Menteri Kewangan. Pada saya, adalah penting agar Rakyat diberikan peluang untuk menyuarakan cadangan dan pendapat mereka tentang cara terbaik untuk bawa negara kita ini ke hadapan di pentas dunia dari segi sosial dan ekonomi. Kepada anda yang berminat untuk menyuarakan pendapat anda, inilah peluangnya. Tahun ini, kita akan menyediakan sebuah platform untuk memberikan ruang dan peluang bagi Rakyat Malaysia untuk berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013. Platform ini merupakan peluang bagi semua Rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan input mereka bagi pertimbangan Kementerian Kewangan. Platform ini akan memberi tumpuan terhadap beberapa topik. Kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan anda adalah di antara perkara yang ingin dibincangkan. Perbincangan ini akan berlangsung secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai. Pada masa ini, kurang daripada 10% daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai. Oleh itu cabaran utama bagi kita adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan kita. Untuk mencapai matlamat ini, kita perlu memberikan tumpuan terhadap perangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi. Kita sudahpun membuat permulaan yang kukuh dimana LHDN tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil – dan ini telah membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan Rakyat seperti BR1M dan baucar buku. Bagi mengekalkan momentum ini, kita perlukan semua Rakyat Malaysia untuk menyumbangkan idea-idea mereka, dan oleh itu saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini. Anda boleh mulakan dengan mengklik disini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap agar dapat menerima idea-idea baru yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia.

SUMBER : 1 MALAYSIA


 

Meet The Author


Meet The Author