SELAMAT DATANG KE LATA ULU CHEPOR | WELCOME TO LATA ULU CHEPOR


Ketenangan Di Pinggir Kota
 
Kira-kira lima kilometer dari Perpustakaan Rancangan Perumahan Tersusun (R.P.T) Chepor terdapat sebuah kawasan perkelahan yang menarik iaitu Kawasan Perkelahan Ulu Chepor. Kawasan ini juga berada di pinggir Bandaraya Ipoh dan ia merupakan kawasan hulu sungai yang dimajukan menjadi pusat pelancongan. Ini terbukti bila Kawasan Perkelahan Ulu Chepor termasuk di dalam peta pelancongan Negeri Perak sebagai salah satu daripada tempat menarik yang ada di Negeri Perak. 

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini telah dikomersialkan dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Banyak kemudahan yang terdapat di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini seperti tandas, surau, kedai menjual makanan dan pondok-pondok kecil bagi pengunjung berteduh. Jalan untuk menuju ke kawasan ini juga berada dalam keadaan yang baik.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor merupakan lokasi tumpuan penduduk di kawasan ini beristirahat atau berkelah. Selain dari pengunjung tempatan, kawasan ini juga semakin popular di kalangan pelancong luar. Keadaan air sungai yang bersih, air terjun dan batu-batan besar serta suasana redup dan tenang menjadikan sungai Ulu Chepor sesuai bagi aktiviti riadah sekeluarga.

Air terjun Ulu Chepor terletak di Chemor , negeri Perak , Malaysia . Terletak kira-kira 10 km dari bandar Ipoh .Air terjun ini menyediakan kawasan rekreasi yang menarik seperti pondok rehat, kerusi meja dan tempat persalinan . Sebuah pintu gerbang yang menarik juga telah dibina.

An ideal picnic and relaxation spot in Chemor, surrounded by green forest you'll find more serene.

Refreshing waterfall and serene green forests are certainly a sight to behold and an experience to cherish. Rest huts, changing rooms, food stalls and picnic grounds are provided for the comfort and leisure of visitors to enjoy nature at its best.

Ulu Chepor is open everyday, including weekends and public holidays.

0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author