PROGRAM KAUNSELING BAKA PDRM - BALAI POLIS TAMBUN

TAMBUN, Khamis 18 November 2010 - Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak telah dikunjungi oleh BAKA PDRM bagi meneruskan aktiviti kaunseling secara berkelompok. Semua anggota daripada Balai Polis Tambun telah hadir bagi menjayakan aktiviti/program kaunseling ini. Pegawai Psikologi Puan Nurul Wahyuni Kerk Shiau Phin ( KB. PA ) dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibupejabat Polis Daerah Ipoh telah hadir memberikan taklimat serta penerangan mengenai tujuan kehadiran beliau ke Balai Polis Tambun dan seterusnya memberikan sedikit kaunseling mengenai kerjaya, kewangan, keluarga serta modal insan. Ini menunjukkan bahawa unit ini sangat penting bagi membina semula semangat serta etika anggota untuk memperjuangkan diri didalam kerjaya sebagai seorang anggota polis. Bagi pihak Balai Polis Tambun, diucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan yang bermanafaat ini. Semoga diperbanyakkan lagi aktiviti seperti ini di Balai Polis Tambun. Sekian Terima Kasih... Salam 1 Malaysia.


Untuk Lihat Lebih Banyak Gambar Klik Disini


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author