Betapa gembiranya hati ini bila kepulanganku ke kampung halaman untuk menyambut aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan, hati mana yang tak sayu jika kehadiranku dinanti-nanti selama ini. Hampir dua tahun aku tidak pulang ke kampung halaman. Bila pulang dah bermacam perubahan berlaku tanpa aku sedari. Sebagai kenangan aku " PUKUL" gambar satu keluarga sebagai kenangan... walaupun tak cukup forum... abangku yang sulung pagi2 raya dah berlepas ke England manakala adikku yang Bongsu sibuk dengan kedai game dia..
Tapi aku tetap bersyukur kehadrat Ilalahi kerana memberi aku peluang untuk menikmati suasana hari raya bersama keluarga tercinta walaupun pada saat2 akhir aku terlibat dengan tugas yang amat dasyat, namun berkat doa seorang Ibu untuk melihat kepulanganku termakbul sudah. Semoga kita sentiasa mengingati keluarga kita... Amin
Salam Aidilfitiri
0 Ulasan