Johari Fotographer

“Capturing moments from today…Creating memories for a lifetime.”!

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”!

Johari Fotographer

“The most important day is the day you decide you’re good enough for you. It’s the day you set yourself free.”!

Johari Fotographer

“Photography is the quintessence of a telling memory where it allows us to preserve time in a photograph.”!

Our Blog

Kes Jenayah Meningkat Saban Hari - Apa Tindakan Anda ?


Assalammualaikum...
Kes Jenayah semakin meningkat sepanjang tahun. Kadangakala ia mengugat ketenteraman dan keselamatan penduduk yang berada dikawasan yang berisiko tinggi. Sebagai penduduk yang inginkan keselamatan mereka terjamin, sudah tentu mereka inginkan POLIS sentiasa meronda dikawasan mereka. Betul Tak ? Sedar atau kita sendiri buat-buat tak sedar ianya sebenarnya tanggungjawab kita bersama. Membanteras penjenayah bukanlah hanya terletak dibidang kuasa anggota Polis. Seharusnya kita berganding bahu membanteras segala jenayah dikawasan kita dengan mengadakan Rukun Tentangga ( RT ) atau Jawatankuasa Keselamatan Taman Atau Kampung. Ia menjamin keselamatan setiap taman atau kampung dengan adanya kumpulan2 ini. Ia adalah langkah terbaik menangani isu jenayah pecah rumah, curi besi, curi motosikal atau apa sahaja yang berkaitan JENAYAH. Saya yakin ia pasti akan memberikan kepuasan serta menyakinkan penduduk di kawasan yang berisiko tinggi.

Pecah Rumah - Info


Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini.

Bagaimana boleh berlaku
  • Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
  • Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap
  • Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
  • Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
  • Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
  • Menggunakan kunci pendua

Sebab-sebab Berlaku Pecah Rumah
  • Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
  • Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
  • Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
  • Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
  • Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
  • Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.
  • Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.
  • Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan
  • Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.
  • Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan.
  • Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah.
  • Sekiranya bercadang untuk bercuti lama, hentikan langganan akhbar atau roti supaya tidak meninggalkan tanda rumah tiada berpenghuni.

Nasihat apabila berlaku pecah rumah
  • Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
  • Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri.  Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

4 ulasan:

Peeka Syuhada berkata...

setuju. heit, yaa thanx for the tips .

Oong-ong berkata...

nice info bro

Firdaus berkata...

bagus..info dan fakta yang benar..

asw berkata...

marilah sama2 berkongsi apa yang perlu

Author

Johari Fotographer

“The picture that you took with your camera is the imagination you want to create with reality”

Johari Fotographer

“Today’s special moments. Tomorrow’s priceless treasures.”

Johari Fotographer

Don’t photograph what you see, photograph how you feel about what you see

Johari Fotographer

The one thing you can’t replace is your memories. Don’t let them fade away from overexposure

Designed By Johari Fotographer

Imej tema oleh richcano. Dikuasakan oleh Blogger.