Janganlah kerana cinta kita jadi buta
Tak nampak realiti dan fantasi
Berpijaklah  dibumi nyata, dan ukurlah baju di badan sendiri
Jangan bersandar  pada hati semata kerana hati yang kosong akan mati,
Sentiasa berbolak  balik dan menyesatkan malah bisa menghayalkan.
Berbeza pula jika  hati terisi, lurus dan telus.
Jangan pula ikut nafsu,pasti jadi  lesu, 
Hanya nafsu yang jahat membuat kita jadi jahat.
Berbeza  pula jika berpandu pada akal yang jadi penasihatm hati akan jadi  baik,tulus dan ikhlas.
Namun akal saja tidak mencukupi jika tidak  di tadbir dengan keimanan.
Ibarat pemandu penunjuk jalan arah hidup.
Gabungan  akal dan iman akan menjadikan hati baik,bersih dan sedia menerima  cinta.
Ramai yang ada HATI tapi MATI.
Ramai yang ada akal tapi  tiada iman, menjadi penyebab utama akal tewas dengan nafsu lantas  menguasai hati.
Dan kesannya,tiada lagi kewarasan dalam bercinta.
Hati  yang suci murni tidak mengira untuk siapa
Hanya matlamat budi yang  utama.
Kita tidak mencari cinta yang buta tapi kita mencari hati yang  suci dan kebahagiaan yang hakiki.
 
0 Ulasan