TM UNIFI – Highspeed Broadband – Pakej dan Harga
Semalam Perdana Menteri telah   melancarkan Internet Kelajuan Tinggi (HSBB) dari Telekom Malaysia.   Internet terbaru ini dikenali sebagai Unifi yang mana ia menggunakan   talian fiber terus ke premis samada rumah atau premis perniagaan. Oleh   kerana Unifi ini menggunakan talian  fiber maka kelajuan internet lebih   tinggi dapat direalisasikan.Di samping itu dengan menggunakan talian   fiber yang sama ia juga dapat menyalurkan servis tambahan seperti IPTV   (Internet Protocol TV) dan juga talian telefon secara digital berikut   adalah package dan harga untuk TM Unifi
klik untuk image yang lebih besar
Kalau kita lihat senarai harga package  yang ditawarkan saya  rasa ianya adalah lebih baik dari package streamyx  yang ada sekarang  sebagai cth kalau kita ambil package yang paling  rendah VIP5 harga  ialah RM149.00 lebih kurang sama dengan harga package  4meg sekarang  tetapi dalam VIP5 perkhidmatan lain seperti IPTV dan  telefon juga  diberikan. Kedua kalau kita lihat di package tersebut  kelajuan download  dan upload adalah sama iaitu 5 meg. Untuk DSL streamyx  upload speed  adalah lebih rendah kerana kekurangan pada sistem DSL itu  sendiri. Ini  mebolehkan kita upload video ke youtube misalnya dalam  format HD dengan  lebih cepat dan ini juga memboleh kan video confrencing  lebih smooth   dan dalam resolution yang lebih tinggi untuk kedua-dua  belah pihak.  Untuk IPTV ianya tidak berkongsi bandwidth dengan internet  ia  disalurkan secara berasingan dengan talian internet yang mana IPTV   mempunyai dedicated bandwith sebanyak 8mbps. Jadi ia tidak menganggu   kelancaran internet terutama package yang rendah iaitu VIP5. Untuk   Talian telefon, satu nombor baru akan diberikan. Panggilan ke talian   tetap TM adalah percuma dan charge untuk talian lain samada untuk   handphone atau talian tetap dari penyedia lain  charge dikenakan   sebanyak 10 seminit. Untuk IDD charge seperti biasa. Bagi saya ini   sebagai sesuatu yang baik ..bayangkan kita boleh berbual panjang di   telephone terutama jika kita call ke outstation cth dari perak ke johor   atau sabah sarawak misalnya.
Cuma apa yang menjadi perbualan  hangat kepada pengguna internet  adalah bandwidth cap. Bandwidth cap ini  adalah had atau limit jumlah  bandwidth yang digunakan pada satu-satu  bulan. Jika kita lihat limit  untuk VIP5 adalah sebanyak 60gig.  Bagi  pengguna internet yang heavy 60  gig adalah terlalu keci untuk highspeed  internet.  Dan jumlah ini akan  cepat sampai ketahap limit jika mereka  menonton video HD, download file  yang besar dan sebagainya. Bagi mereka  adalah lebih baik menggunakan  streamyx 4meg yang mana adalah  unlimited. Begitu juga dengan package  VIP20 yang mana limit atau cap  hanya 120gig. Mereka tidak membantah  limit atau cap sebab kebanyakkan  service provider di seluruh dunia juga  meletakkan limit atau bandwidth  untuk satu-satu bulan . Cuma mereka  mempersoalkan kenapa limit untuk  package ini terlalu kecil berbanding  kelajuan yang tawarkan. Ini kerana  lebih laju interne lebih banyak akan  di download dan masalah lebih  banyak di download lebih cepat limit  sampai ke penghujung. Namun  sehingga artikel ini di tulis samada TM akan  mengimplementasi bandwidth  cap serta merta atau tidak  saya masih tidak  pasti…dan apa akan jadi  pada speed dan connection jika bandwidth   sampai ke tahap limit …samada  speed jadi lebih perlahan atau connection  untuk bulan tersebut di  sekat. Memang saya sendiri agak terkejut dengan  limit yang di hadkan.  Walaupun saya bukan kaki download tapi bagi saya  limit tersebut adalah  terlalu kecil dan tidak sepadan dengan kelajuan.Apa pun servis UNIFI yang baru diperkenalkan oleh TM ini harus disambut dengan baik.. memang saya tak dapat nafikan ada kelebhian dan kekurangan di sana sini..tapi saya pasti pengguna akan menerimanya dan TM sendiri seharuslah memperbaiki dari segi harga dan servis pada tahap yang sepatutnya pada masa akan datan.

 
 
 
 
0 Ulasan