Kerjaya Angkatan Tentera Malaysia - Permohonan Pegawai





SYARAT KELAYAKAN (AM)

a.  Warganegara Malaysia

b.  Umur
  • Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
  • Pegawai Kadet ATMA - 17 ke 20 tahun
  • Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
  • Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun

c.  Kesihatan
  • Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna
  • Ketinggian minima bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
  • Berat badan minima bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg

d.  Ukuran dada (lelaki sahaja)
  • Biasa - 76.2 sm
  • Tarik Nafas - 81.2 sm.

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

a.  Pegawai Kadet Tauliah Jangka Pendek
  • Memiliki SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta TIGA (3) Kepujian lain dalam matapelajaran berikut:
  • Prinsip Akaun.
  • Ekonomi Asas.
  • Perdagangan.
  • Matematik Tambahan.
  • Teknologi Maklumat.
  • Sains Tambahan atau Sains atau Fizik atau Kimia dan Biologi.
  • Geografi atau Sejarah.
  • Bahasa Inggeris.
  • Pendidikan Seni atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunah atau Pendidikan Islam atau Pengetahuan Moral.
  • Satu (1) daripada syarat kepujian di atas mestilah dari salah satu mata pelajaran berikut:
  • Prinsip Akaun.
  • Bahasa Inggeris.
  • Ekonomi Asas.
  • Perdagangan.
  • Matematik Tambahan.
  • Teknologi Maklumat.
  • Sains Tambahan atau Sains.
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kepujian dalam Bahasa Inggeris.
b.  Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerjaan seperti yang disenaraikan di bawah serta mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu di Peringkat SPM. Jurusan-jurusan yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • KEJURUTERAAN
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (teknologi Marin).
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik).
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Senibina Kapal.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik/Elektronik.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer.
  • PERUBATAN/PERGIGIAN/VETERINAR/FARMASI
  • Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan.
  • Ijazah Sarjana Muda Doktor Pergigian.
  • Ijazah Sarjana Muda Doktor Veterinar.
  • Ijazah Sarjana Muda Farmasi.
  • PENDIDIKAN
  • Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.
  • Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan dalam jurusan Sains/Matematik/Teknologi Maklumat/Bahasa Inggeris/TESL.
c.  KAGAT
  • Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau Am) dalam Ilmu Pengajian Islam.
  • Surat Pengesahan Daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Bagi calon-calon yang memiliki Diploma atau Ijazah dari institusi-institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau luar negara, mereka hendaklah mendapatkan surat pengesahan pengiktirafan dariapda pihak JPA mengenai status kelulusan

CARA MEMOHON /PERTANYAAN

Calon boleh membuat permohonan dengan menulis surat dan mengepilkan salinan sijil kelulusan akademik dan sampul surat berukuran 22 sm X 11 sm beralamat sendiri dan bersetem 50 Sen ke alamat berikut:

Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Tenaga Kerja C)

Telefon: 03-2071 4524/4526/2387/2391
Faksimili: 03-26985340
Talian Bebas Tol: 1-800-88-7588

E-mail : ctk.mtk@mod.gov.myEmail ini telah dikawal daripada serangan spam, anda memerlukan javaskrip untuk melihatnya


Atau datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera.

PERHATIAN: Sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan pegawai yang terkini boleh menggunakan talian seperti di atas.

0 comments:

 

Meet The Author


Meet The Author