Kareer - Bekerja di Nuffnang

Nuffnang kini mengambil pekerja dalam 4 negara.
Nuffnang bukan sahaja salah satu dotcom yang paling cepat 
berkembang di rantau ini malah antara yang paling muda. 
Purata umur kebanyakan staf Nuffnang (juga digelar "Nuffies") ialah 24, maka umum nya budaya kerja di Nuffnang agak tidak konvensional tetapi menyeronokkan!
Kami sentiasa mencari mereka yang berminat untuk bekerja di pejabat Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Singapura, Melbourne dan Manila. Jika anda seorang yang muda, berkebolehan dan fikir anda memenuhi syarat-syarat kelayakan pekerjaan di bawah, sila membuat permohonan anda kepada kami secara dalam talian di sini.

Jawatan Kosong di Nuffnang

1) Media Sales

Secara ringkas, staf di bahagian Media Sales Nuffnang banyak meluangkan masa mereka di luar pejabat, berjumpa klien berpotensi, menjual dan mengatur proposal kempen yang menarik untuk lebih banyak kempen pengiklanan blog. Media Sales Nuffies kebiasaannya bersifat extrovert dan yakin untuk bercakap dihadapan orang ramai.

2) Ad Ops

Ad Ops (singkatan untuk Ad Operations) Nuffies diberi tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada klien kami dan melancarkan kempen pengiklanan blog. Ya, ini juga bermaksud mereka juga bertanggungjawab menentukan iklan yang akan diberi kepada blog.

 

3) Blogger Liaison

Jika anda suka berdepan dengan para blogger, anda pasti akan suka jawatan ini. Blogger Liaison Nuffies kami banyak menghabiskan masa merancang aktiviti untuk komuniti Nuffnang kami dan berhubung dengan blogger-blogger yang berkaitan mana-mana kempen atau aktiviti yang kami dapat menjemput para Nuffnanger kami untuk hadir. Blogger Liaison Nuffies merupakan blogger juga dan berminat untuk merancang aktiviti dan parti.

5) Software Engineer

Di dalam setiap syarikat web, terdapat sekumpulan ahli teknikal yang ditugaskan membina, menyelenggara dan menghasilkan fungsi baru untuk laman web mereka. Jika anda seorang pengaturcara yang mempunyai kemahiran PHP/MySQL dan Javascript yang bagus serta gemar bermain Ajax untuk membina aplikasi web 2.0, inilah kerjaya untuk anda.

6) Web Designer

Pereka web kami membuat segalanya dari mereka bahagian baru di dalam laman web kami sehingga mereka kreatif iklan untuk klien. Jika anda berkebolehan dalam CSS dan Adobe Flash maka inilah kerjaya yang sesuai dengan anda. Pengetahuan dalam Action Script adalah bonus

Sila Mohon Kepada Kami di Sini


’poster’


0 comments:

 

Meet The Author


LAZADA

LAZADA

LAZADA

Meet The Author