Faktor Pelajar Terjerumus
- Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.
- Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri ("low self-esteem").
- Direkrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap.
- Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.
Langkah Pencegahan
-
Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah: pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
-
Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.
-
Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
-
Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis.
-
Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
-
Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.
-
Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan