Dadah - Info dan Fakta


Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia

Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-
  • Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;
  • Jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;
  • Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;
  • Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.

Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.

Penguatkuasaan
Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.

Tangkapan
Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Rampasan
Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Pengesanan/Pembongkaran
Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.

Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut.

Rampasan Harta
PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.

Tangkapan Warganegara Asing
Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama.

Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Hukuman
Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.

Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa
Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control systemï¾…." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat.
Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement".
Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.

Kesan Buruk Najis Dadah
  • Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
  • Mengakibatkan kematian mengejut
  • Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan
  • Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.
  • Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.
  • Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
  • Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan.
Peranan Ibubapa Membasmi Dadah
  • Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga
  • Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga
  • Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.
  • Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.
  • Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak.
  • Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya.
  • Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan.
  • Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan..
  • Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.



4 comments:

Aizat Si Lipan berkata...

support 100%

Syahrul Al Nataly berkata...

tq ... nice

Putera30 berkata...

berkongsi info adalah tugas kita sebagai insan dimuka bumi allah.. terima kasih kerana sudi memberi komen

Putera30 berkata...

walau apapun kita.. kita tetap makhluk Allah s.w.t.

 

Meet The Author


Meet The Author