Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat 'Layer Set'. Saya gunakan fail Fish.psd (folder samples Adobe Photoshop CS).

1. Lihat layer palette. Ada beberapa layer dalam kumpulan yang sama yang boleh kita satukan.

2. Klik pada 3 segi di hujung kiri pallete dan pilih 'New Layer Set'.

3. Pop up 'New Layer Set' keluar.

4. Tukarkan nama set yang bersesuaian. Sebagai contoh saya namakan 'bubbles'. Anda mempunyai pilihan untuk menukar warna layer set.

5. Set bubles telah terhasil. Anda boleh drag-and-drop layer-layer yang berkaitan dalam set tersebut.


6. Selepas selesai, anda boleh hasilkan set seterusnya dengan menggunakan langkah 2 hingga 4.

7. 'Layer Set' ini boleh ditutup untuk menjadikan layer lebih kemas.

8. Anda juga boleh terus hasilkan 'layer set' menggunakan icon layer set (berbentuk folder) di bahagian bawah palette.

9. Cara lain untuk menghasilkan layer set ialah dengan menghasilkan link pada layer-layer yang berkaitan. Kemudian klik pada 3 segi dihujung kanan palette dan pilih 'New Set From Linked...'


10. Anda berjaya menghasilkan layer set dan menguruskan layer-layer dengan baik!
0 Ulasan